🛡️Cybersecurity: Selamatkah Telefon Anda Daripada Ancaman?🛡️
14 Ogos 2025 | Khamis


SELAMATKAH TELEFON ANDA DARIPADA ANCAMAN?
Tarikh: 14 Ogos 2025
Masa: 3:00 pm – 4:30 pm
Tempat: NADI Tabuan Desa
Telefon pintar kita ibarat “dompet digital” yang menyimpan segalanya – gambar peribadi, maklumat bank, kata laluan, malah identiti kita sendiri.
Tapi tanpa langkah keselamatan yang betul, semua itu mudah menjadi sasaran scammer, hacker, dan aplikasi palsu.
Elakkan muat turun aplikasi mencurigakan
Guna kata laluan yang kukuh & jangan ulang sama
Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)
Sentiasa kemas kini sistem & aplikasi
Ingat, kesedaran digital adalah perisai utama anda. Jangan tunggu sehingga jadi mangsa baru mahu bertindak!
Tahniah & syabas diucapkan kepada peserta yang hadir dan mengambil langkah bijak untuk melindungi diri serta telefon pintar masing-masing. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda dan komuniti!