NADI Tabuan Desa

🛡️Cybersecurity:Webinar Kebenaran Menakutkan Di Sebalik Darkweb🛡️

28 OGOS 2025 | JUMAAT


📱KEBENARAN MENAKUTKAN DISEBALIK DARK WEB📱

📅 28 Ogos 2025 (Khamis)
🕒 3:00 PM – 4:30 PM
💻 Platform: Zoom
📍 NADI Tabuan Desa

📌Ramai pernah mendengar tentang Dark Web, tetapi tidak semua memahami ancaman yang tersembunyi di dalamnya. Dark Web bukanlah sekadar laman misteri, sebaliknya ia menjadi tempat berlakunya aktiviti haram seperti jual beli maklumat peribadi, penipuan kewangan, perdagangan dadah, malah eksploitasi jenayah siber yang mengancam keselamatan pengguna internet. 😨

📌Apa yang menakutkan, data seperti nombor kad kredit, akaun media sosial, dan maklumat peribadi boleh dijual dengan mudah tanpa pengetahuan pemiliknya. Dark Web juga sering digunakan oleh sindiket penipuan untuk merancang serangan siber yang menyasarkan orang ramai.

➡️ Sebab itu, kita perlu lebih berhati-hati ketika melayari internet. Jangan sesekali memuat turun aplikasi mencurigakan, berkongsi maklumat peribadi tanpa kawalan, atau mengakses pautan tidak sah. Ingat, pencegahan lebih baik daripada menjadi mangsa.

👏Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menghadiri webinar ini! Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk melindungi diri serta menyebarkan kesedaran kepada orang lain tentang bahaya Dark Web.

💡 Lindungi diri anda, kerana ancaman Dark Web itu nyata dan semakin berbahaya.