NADI Tabuan Desa

🧑‍⚕️NADI Wellbeing Webinar-Rahsia Umur Panjang

1 Julai 2025 | Selasa


Rahsia Umur Panjang: Kunci Kesihatan Warga Emas Ada Pada ‘Connection’ 💙

Webinar ini menekankan bahawa hubungan sosial adalah kunci penting dalam menjaga kesihatan warga emas — bukan sekadar bergantung kepada ubat atau senaman semata-mata.

💬 Perkongsian ini membuka mata tentang pentingnya sokongan emosi dan interaksi sosial, terutamanya dari keluarga dan komuniti sekeliling. Ia memberi inspirasi agar kita lebih prihatin terhadap kesejahteraan warga emas di sekitar kita. 👴👵

📢 Hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang boleh menjadi ubat paling berkesan.