NADI Tabuan Desa

Malaysia mencatat pencapaian luar biasa dengan 53.35% pengguna 5G atau 18.19 juta langganan. Liputan 5G kini mencapai 82.4% di kawasan berpenduduk, mempercepat transformasi digital dan memperkukuh infrastruktur negara.

Manfaat 5G:

  • Produktiviti – Kelajuan tinggi dan kadar kependaman rendah meningkatkan kecekapan perniagaan dan teknologi.
  • Inovasi Teknologi – Memacu perkembangan IoT, AI, dan bandar pintar.
  • Transformasi Digital – Memudahkan perkhidmatan digital dalam pendidikan, kesihatan, dan sektor kerajaan.
  • Kualiti Hidup – Pengalaman digital lebih lancar dalam hiburan dan komunikasi.

Mesyuarat Penyelarasan Dwirangkaian 5G baru-baru ini turut membincangkan hala tuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta pelaksanaan rangkaian kedua oleh U Mobile untuk meningkatkan persaingan dan pilihan pengguna.

Malaysia kini berada di landasan tepat menuju negara maju digital, dengan rakyat perlu memanfaatkan kemudahan 5G bagi meningkatkan daya saing dan kualiti hidup.