NADI Safe And Shield




Pada hari terakhir sesi persekolahan 2024/2025, NADI Pending bersama NADI Tabuan Desa, NADI Padungan, NADI Taman Sukma, dan NADI Kota Sentosa telah mengadakan program khas di SK St. Andrew.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan digital, membimbing pelajar melindungi diri dalam dunia maya, dan memperkenalkan perkhidmatan NADI. Aktiviti interaktif yang menyeronokkan menjadikan program ini pengalaman bermakna untuk pelajar.
Terima kasih kepada guru, pelajar, dan semua yang terlibat! Semoga ilmu ini menjadi panduan berguna untuk masa depan.