NADI Tabuan Desa

🇲🇾✨ Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025 @ NADI Tabuan Desa ✨🇲🇾

7 September 2025 | Ahad


Pada 7 September 2025 (Ahad), NADI Tabuan Desa telah berjaya menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025 dengan penuh meriah dan warna-warni. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti setempat.

Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Hias Kuih, Aktiviti E-Sport, Saringan Kesihatan serta Tayangan Filem Kemerdekaan. Setiap aktiviti telah berjaya mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta.

NADI Tabuan Desa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta menyokong pelaksanaan program ini. Semoga semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam jiwa setiap lapisan masyarakat. ❤️🤍💛🖤

#NADITabuanDesa #HariMerdeka2025 #HariMalaysia2025 #KomunitiBersama