Berjaya Menerima Bantuan SKAS: NADI Tabuan Desa Menjadi Tumpuan Pemohon Sepanjang Minggu Ini
23 Februari 2025

Pada minggu ini, Pusat NADI Tabuan Desa telah menerima kehadiran ramai pemohon bagi mendapatkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Inisiatif ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah di Sarawak dengan baucar digital yang boleh digunakan untuk pembelian barangan makanan asas menerusi aplikasi S PAY GLOBAL.
Bagi pemohon yang layak, petugas NADI Tabuan Desa telah membimbing mereka untuk menuntut bantuan ini melalui laman web Sarawak ID sebelum mengaksesnya di aplikasi S PAY GLOBAL. Proses ini memastikan penerima dapat menggunakan bantuan dengan lancar dan efisien.
Sementara itu, bagi mereka yang tidak layak berdasarkan senarai awal penerima, pihak NADI telah membantu mereka mengemukakan permohonan baru melalui Service Sarawak. Permohonan ini juga memerlukan pendaftaran dan akses menerusi Sarawak ID bagi memastikan ketelusan serta kemudahan dalam pengurusan data penerima.
Usaha ini menunjukkan komitmen Pusat NADI Tabuan Desa dalam membantu masyarakat setempat mendapatkan manfaat daripada inisiatif kerajaan negeri. Diharapkan lebih ramai penduduk yang layak dapat menerima bantuan ini bagi meringankan beban kos sara hidup mereka.
