NADI Tabuan Desa

Bahagian Kuching ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di wilayah Sarawak, Malaysia. Ia memiliki keluasan sebanyak 4,559.5 kilometer persegi.
Bahagian Kuching juga disebut sebagai “Bahagian Pertama” kerana ia merupakan pusat dan titik permulaan pembentukan wilayah Sarawak yang lebih moden dan kompleks.

Setiap daerah dan daerah kecil di Bahagian Kuching secara keseluruhan mempunyai empat daerah penting, iaitu Daerah Kuching, Daerah Padawan, Daerah Bau, dan Daerah Lundu. Terdapat juga sebuah daerah kecil dalam kawasan Daerah Lundu iaitu Daerah Kecil Sematan.

Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Daerah Kecil Siburan terletak di bawah Bahagian Kuching tetapi kini ia terletak di bawah seliaan sepenuhnya Daerah Serian.

Pada 1 Oktober 2015, merupakan hari bersejarah bagi Daerah Kecil Siburan kerana daerah kecil ini dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Kuching. Sehingga kini, Bahagian Kuching mempunyai sebanyak empat buah daerah sahaja.