📸Kelas Suntingan Gambar dengan VSCO Berlangsung dengan Jayanya!
29 Mei 2025 | Khamis


📸Kelas Suntingan Gambar dengan VSCO Berlangsung dengan Jayanya!
Hari ini telah berlangsung Kelas Suntingan Gambar menggunakan aplikasi VSCO di NADI Tabuan Desa. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kelas ini dan berjaya menghasilkan suntingan gambar yang kreatif dan menarik!
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik asas suntingan menggunakan telefon pintar dan memberi peluang kepada peserta untuk mengekspresikan kreativiti melalui fotografi digital.
Terima kasih kepada semua yang menyertai! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan dikembangkan lagi selepas ini