NADI Tabuan Desa

17 Julai 2025 | Khamis


📢 KEMPEN INTERNET SELAMAT BERSAMA SMK AGAMA MATANG 2

NADI Kluster Kuching telah berjaya menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Agama Matang 2 pada 17 Julai 2025, menyasarkan pelajar menengah Tahap 3. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap cabaran dunia digital serta membina keupayaan mereka dalam melindungi diri di alam maya.

Antara modul yang dijalankan termasuk:

  • 🔍 Pecah Ruyung – aktiviti membuka minda tentang realiti digital
  • Fakta atau Auta – pengesanan berita palsu dan maklumat menyesatkan
  • 🕵️ Detektif Jejak Digital – mengenal pasti kesan kehadiran dalam talian
  • 🚩 Red Flag – amaran awal terhadap pengantunan dan interaksi berisiko

Melalui pendekatan interaktif dan berfokuskan pelajar, KIS berjaya membangkitkan kesedaran mengenai pentingnya literasi digital, keselamatan maklumat peribadi dan etika berkomunikasi dalam talian.

NADI Kluster Kuching percaya bahawa pendidikan awal dalam keselamatan siber dapat melahirkan generasi celik digital yang selamat, bijak dan beretika.