NADI Tabuan Desa

Komuniti Madani x NADI | Sesi Pengenalan NADI

28 January 2025


Pada tarikh 25 Januari 2025, pihak NADI Tabuan Desa telah menerima lawatan daripada Jabatan Penerangan Bahagian Kuching bersama rombongan Komuniti Madani. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha menyebarkan maklumat kepada masyarakat serta memperkenalkan inisiatif-inisiatif NADI yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Selain itu,kunjungan ini memberi ruang untuk sesi perkongsian mengenai inisiatif digital, program komuniti, serta usaha memperkasakan masyarakat melalui penyebaran maklumat yang efektif.Di samping itu,lawatan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh literasi digital dalam kalangan komuniti setempat. Beberapa cadangan kerjasama juga telah dibincangkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan akses kepada maklumat yang sahih dan bermanfaat.