🏢Lawatan Kerja Oleh MCMC HQ
8 Januari 2026 | Khamis



NADI Tabuan Desa telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Ibu Pejabat (HQ) pada 8 Januari 2026 (Khamis). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan operasi NADI, kemudahan yang disediakan serta aktiviti dan inisiatif yang telah dijalankan dalam usaha memperkasa literasi digital dan kesejahteraan komuniti setempat.
Sepanjang lawatan, pihak MCMC HQ telah diberikan taklimat berkaitan peranan dan fungsi NADI Tabuan Desa, pencapaian program, serta cabaran dan keperluan semasa pusat. Sesi lawatan ini turut menjadi platform perbincangan dua hala bagi memperkukuh kerjasama strategik serta menambah baik penyampaian perkhidmatan digital kepada masyarakat luar bandar.
Diharapkan kunjungan ini dapat memberi impak positif dalam memperkukuh ekosistem digital dan menyokong agenda pendigitalan negara di peringkat komuniti.