NADI Tabuan Desa

Beberapa individu telah hadir ke NADI Tabuan Desa untuk memohon SKAS Sarawak selepas tidak terpilih secara automatik melalui data STR. Pasukan kami membantu mereka dalam mengisi borang, menyemak dokumen, dan memastikan permohonan lengkap. Dengan bimbingan yang diberikan, peserta lebih memahami proses serta langkah seterusnya selepas permohonan dihantar.

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan kewangan kepada anak Sarawak berpendapatan rendah dalam bentuk baucar digital melalui S PAY GLOBAL untuk pembelian barangan asas. Bantuan ini bernilai antara RM250 hingga RM800 bergantung kepada kategori penerima. Senarai penerima dijana daripada data STR Fasa 4, 2024. Jika anda memerlukan bantuan untuk permohonan SKAS, kunjungi NADI Tabuan Desa. Kami sedia membantu.