Program Safe & Shield di SK Sejijak Tingkat Kesedaran Keselamatan Diri📚
28 Februari 2025 | Jumaat

Pada 28 Februari 2025, NADI Kluster Kuching telah mengadakan kelas Safe & Shield di Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijak bagi meningkatkan kesedaran murid tentang keselamatan diri.
Melalui ceramah ini, murid didedahkan dengan langkah-langkah perlindungan dalam situasi berisiko. Respon mereka sangat positif, menunjukkan minat serta keterlibatan aktif sepanjang program berlangsung.
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat dalam menjayakan sesi ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh para murid demi keselamatan diri mereka.
