Saringan Kesihatan Percuma Bersama Coop Bank Pertama Matang Parade🩺✨
24 April 2025 | Khamis



Saringan Kesihatan Percuma di Hari Ramah Tamah Aidilfitri Coop Bank Pertama Matang Parade
NADI Kluster Kuching yang terdiri daripada NADI Batu Kawah, NADI Taman Indah Landeh, NADI Peninjau Baru dan NADI Tabuan Desa telah menjalankan Program Saringan Kesihatan Percuma bertempat di Coop Bank Pertama, Matang Parade dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
Program ini menyediakan saringan kesihatan seperti:
Ujian Glukosa Darah
Pemeriksaan Tekanan Darah
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan menyokong inisiatif kesihatan komuniti ini. Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat.