✨Site Visit Chairman MSD di NADI Tabuan Desa✨
13 Ogos 2025 | Rabu


📌Lawatan Pengerusi MSD & Team ke NADI Tabuan Desa
Pada 13 Ogos 2025 (Rabu), NADI Tabuan Desa berbesar hati menerima kunjungan daripada Pengerusi MSD, YBhg. Dato’ Suriah. Lawatan ini diadakan bagi meninjau peranan dan inisiatif NADI dalam memperkasa komuniti setempat melalui pelbagai program seperti pembangunan kemahiran, kesedaran keselamatan digital, kesihatan, dan sokongan keusahawanan.
Sepanjang lawatan, YBhg. Dato’ Suriah telah diberi taklimat mengenai pencapaian serta aktiviti yang dilaksanakan oleh NADI Tabuan Desa. Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan, sukarelawan, dan komuniti yang hadir, selain berkongsi pandangan serta cadangan untuk memperkukuh lagi peranan NADI pada masa hadapan.
Pihak NADI Tabuan Desa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Suriah atas kesudian hadir dan memberikan sokongan penuh terhadap usaha kami untuk membina masyarakat yang berilmu, celik teknologi, dan bersatu padu. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. 🙏✨