🧵NADI X MAHIR JAHIT
17 Mei 2025 | Sabtu

🧵Kelas Mahir Jahit – Minggu ke-13 (Kelas Ganti)
Minggu ini, peserta Kelas Mahir Jahit melangkah setapak lagi dalam dunia jahitan dengan mempelajari cara melukis dan memotong kurung pesak serta kain susun!
Dengan tunjuk ajar tenaga pengajar yang berpengalaman, para peserta semakin mahir mengendalikan pola dan potongan kain — satu kemahiran penting dalam penghasilan busana tradisional yang kemas dan terletak cantik bila digayakan.
Tahniah kepada semua peserta atas usaha gigih anda! Teruskan komitmen dan semangat hingga ke garisan penamat.